New York. .

 

Kadang-kadang Seseorang yang mempunyai masa lalu yang kelam,jauh dari sunnah Rasullullah dan jauh dari ALLAH Pengakhiran hidupnya itu lebih baik dari kita dengan Hidayah Allah dan Usahanya untuk memperbaharui hidupnya , Mendekati Allah dan Taat Pada Perintah Allah sebelum dia menghadap Ilahi .

Siapa Yang tidak kenal pada Bekas pelakon ini , yang berlakon dalam filem “Ali setan” beliau pernah menceritakan bagaimana kelamnya hidup dia ketika muda dan jauh dari Allah . Dan pada hari ini Allah telah memanggilnya dan malaikat mencabut nyawanya ketika sedang tidur . MashaAllah .

Menurut beliau Penghijrahan beliau bermula apabila beliau berkunjung ke New York untuk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. Beliau merancang untuk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untuk pergi ke sana pada hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pada hari Selasa. Kawannya tidak bersedia menerima beliau kerana sepatutnya beliau hadir pada hari Jumaat. Tanpa tempat tuju, beliau menaiki teksi dan menyatakan ingin ke New York.

“New York besar tuan, ke mana ?” tanya pemandu teksi berbangsa Pakistan.
“Saya tidak tahu..” jawab Ali Setan.
“Kau ni Orang Islam ke? tanya pemandu teksi.
“Ya. Islam” jawab Ali Setan.
“Kalau aku bawa kau ke Masjid, ok? tanya pemandu.
“Boleh juga” balas Ali. “Walaupun di Malaysia jarang-jarang ke masjid, di New York ke masjid pula”, kata Ali di dalam hati.

Oleh kerana pada masa itu sudah masuk waktu solat, Si pemandu teksi juga solat di masjid. Ali juga turut sama. Akhirnya Ali dapat menumpang tidur di masjid di New York selama beberapa malam. Beliau turut solat di sana. Beliau berfikir, bila pulang ke Malaysia nanti beliau ingin berubah menjadi baik. Inilah antara titik perubahan beliau.

Beliau pernah kata ketika mula mendalami agama, hati beliau masih lagi berasa kosong. Kemudian beliau membuat sembahyang hajat untuk mendapatkan petunjuk, dan beliau diberi petunjuk untuk ke Syria.Dan mendalami agama di sana.

Beliau berkongsi tujuh perkara yang sunnah yang beliau sendiri telah amalkan.

1. Solat Tahajud.
Ustaz Azmil mula solat tahajud apabila terpaksa menjaga anaknya ketika usianya 4 bulan. Ketika itu beliau bercerai dengan isterinya. Anaknya suka bangun pada pukul 3 pagi. Beliau mengambil kesempatan untuk solat tahajud dan merasa nikmat solat tersebut.

2. Membaca Al-Quran
Sewaktu waktu dahulu beliau tidak pandai membaca Al-Quran. Pada masa itu beliau tidak hafal Al-Fatihah. Beliau terpaksa menulis Al-Fatihah dalam tulisan rumi jika ingin solat. Alhamdulillah beliau kini telah hafal banyak surah.

3. Solat Berjemaah di Masjid
Beliau cuba solat 40 waktu di masjid. Banyak dugaan yang dihadapi seperti selepas 30 waktu ada bermacam-macam perkara berlaku seperti birthday mak beliau, sepupu kahwin dsb. Akhirnya beliau berjaya solat 40 waktu dan sekarang tetap melakukannya.

4. Solat Dhuha
Dhuha sebagai anak kunci rezeki. Ustaz Azmil pernah menyimpan sebanyak RM3 juta sewaktu menjadi artis. Duit berkenaan habis dalam masa 2 tahun sahaja. Ketika pergi ke Syria, beliau sudah mengamalkan solat Dhuha. Duitnya habis selepas 3 bulan setengah, namun rezeki beliau dan keluarga di sana tidak pernah putus. Beliau telah pulang ke Malaysia sebanyak 7 kali dalam masa 3 1/2 tahun. Tidak termasuk ke tempat lain seperti London, Brussel, Dubai, etc.

5. Bersedekah
Adat di Syria ialah guru akan memberi makan atau barang kepada anak murid. Ustaz Azmil mengajar bahasa Inggeris di sana kerana beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas kelas di rumah beliau, anaknya akan memasak makanan. Pada suatu hari selepas memasak, semua bahan makanan seperti beras, ayam, dsbnya habis. Alhamdulillah keesokan harinya ada orang menghantar seguni beras dan bahan-bahan masakan lain.

6. Sentiasa Berwuduk
Apabila berwhuduk, malaikat akan berdoa meminta keampunan ke atas orang yang berwudhuk.

7. Sentiasa Beristighfar ke Allah
Selalulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman .
Al-Fatihah.

Tazkirah.

Tazkirah-Ebit Lew

Rahmat di sebalik musibah…

Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Saya salah seorang datang..saya datang seorang jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..

Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah.

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yan berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah

Untuk diri sendiri
Jom share dan sebarkan kebaikan..